LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempahan

Sewaan


Anda boleh menempah bagi sewaan barang dengan menghantar email (ilhamku_wedding@yahoo.com) kepada kami dengan menyatakan

1. Tarikh perkahwinan @ Pertunangan (Nyatakan tarikh untuk penghantaran)
2. Alamat
3. No telefon (HP/Rumah)
4. Kod produk yang hendak disewa

Tempoh penyewaan barang hantaran adalah selama 7 hari sahaja. Kami menawarkan penghantaran bagi yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Cheras.


Perkhidmatan Gubahan Hantaran


Bagi anda yang memerlukan khidmat gubahan daripada kami, sila emailkan (ilhamku_wedding@yahoo.com) kepada kami dengan menyatakan

1. Tarikh perkahwinan @ Pertunangan (Nyatakan tarikh untuk penghantaran)
    *tempahan hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh perkahwinan/pertunangan
2. Alamat
3. No telefon (HP/Rumah)
4. Konsep gubahan (warna tema)
5. Bajet anda
6. Anda perlu menghantar barang-barang kering seperti handbag, kasut dan sebagainya sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh perkahwinan/pertunangan bagi tujuan gubahan.



Terma dan Syarat


1. Tempahan hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh perkahwinan/pertunangan.
2. Anda boleh membuat tempahan dengan menghantar emel kepada kami di ilhamku_wedding@yahoo.com.
3. Setelah anda membuat tempahan dengan kami, pihak kami akan emelkan sebutharga tempahan anda beserta dengan sample tempahan.
4. Sekiranya anda bersetuju, anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50% untuk pengesahan tempahan. Sekiranya tempahan dibatalkan, pihak kami tidak akan memulangkan wang pendahuluan anda.
5. Bayaran selebihnya (bayaran tempahan + sewaan dulang/tray) perlu dibayar selepas tempahan hantaran disiapkan.
6. Selepas pembayaran dibuat, sms nama penuh, alamat, jenis tempahan dan bukti pembayaran di emel kami.
7. Bagi sewaan barang/dulang /tray hantaran, anda perlu membayar dengan bayaran penuh + deposit (separuh daripada harga penuh) semasa anda mengambil barang. Barang sewaan perlu dipulangkan dalam tempoh 7 hari dan bayaran deposit akan dipulangkan sekiranya barang dikembalikan dalam keadaan baik.